Di Mana Ketengangan | Ustazah Nurhafizah Musa
Dicatat oleh
Mohd Fauzie Ibadurrahman
Sabtu, 14 September 2013
0
ulasan
IM AZHAR |
KEM MOTIVASI & HAFALAN KALI KE 5 LANJUTAN DARIPADA KEM JIL AL-QURAN RABBANI TAHUN 2010.
Tempat : Sek. Ren. Islam At-Taqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas, SPU.(surau lama )
Pada 27 November hingga 1 Disember 2011.
Waktu mula lapor diri Jam 3.30 petang (AHAD) bersamaan 1 Muharram 1433H
Istimewa bersama IKON RABBANI
Persembahan Istimewa MIZIE (EX-ZAHRAN)
Motivasi pelajar oleh Us. Nurul Aswar b. Nasron (Jabatan Kebajikan Masyarakat Yan )
Yuran Kem RM 180.00 termasuk makan-minum, penginapan,Bahan kem serta bayaran penceramah. Jika Adikberadik2 atau 3 orang RM 160 seorang sahaja.
Pengisian:Kem antaranya
Hafalan surah-surah pilihan
Tahsin al-Quran
Pratikal Solat
Fardu-ain
Motivasi semangat belajar
kepimpinan dan penghayatan as-sunnah
PENDAFTRAN: Sila SMS kan nama, umur anak dan tempat tinggal ke nombor
013-5908560 Us. Zulkiflee atau 013-4043110 Us. Mohd Fauzie
Kalamul Haqq: Antara HAK dan MARUAH...
Dicatat oleh
Mohd Fauzie Ibadurrahman
Jumaat, 16 September 2011
Kalamul Haqq: Antara HAK dan MARUAH...: Perselisihan atau pertelingkahan selalunya terjadi apabila berlakunya ketidak adilan antara dua pihak atau lebih yang terlibat. Ini bermak...
Selawat dan salam kita ucapkan buat junjungan Nabi tercinta,Muhammad SAW,keluarga baginda,para sahabat awal seterusnya umat baginda yang terus berjuang menegakkan cara hidup Islam di dalam kehidupan ini.
Mengamati budaya hidup darwasa alaf ini , penulis terpanggil untuk mengajak pembaca budiman merenung kembali sejarah silam yang penuh hikmah, andainya diamati dengan wajar,Biarkan semua kisah silam itu tersemat padu dalam jiwa dan minda anak-anak remaja kini, agar lahir generasi yang memiliki jati diri sebenar.
Nilai dan matlamat hidup merupakan sesuatu yang penting untuk dikaji dan dilihat secara mendalam. Nilai hidup menjadikan seseorang itu menghargai kehidupannya. Tanpa nilai dan matlamat hidup, manusia sebenarnya bukan manusia. Ia bukan boleh di ukur dengan memperolehi kedudukan dan pangkat yang tinggi sedangkan yang menjadi titik tolak permasalahan alaf baru ini ialah berlakunya krisis nilai dalam kehidupan. Ambil contoh pastikan kerjaya atau ilmu kita miliki itu mempunyai Nilai di sisi Allah SWT.contoh lain pula seperti jadikan wang sebagai keperluan bukan keutamaan. atau penuhi keperluan bukan kehendak semata-mata Dan terbaik buat kita elakkan cinta Dunia semata-mata.
Sepatutnya sebagai umat Rasulullah SAW kita semua bertanggungjawab dalam usaha untuk men'graduate'kan rohani dan jasmani kita dari madrasah Rasulullah, bukan hanya 'graduate' dari universiti ataupun institusi sahaja. mengingatkan hal ini ingin dibawakan petikan dari kata-kata saidina Ali r.a dengankatanya:
" ILMU yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi mutunya ialah ilmu yang melahirkan kesan kepada tingkah laku dan anggotanya.
Justeru , kesempatan yang kita lalui di bulan Muharram ini, mungkin mampu mengetuk hati kecil kita untuk melakukan sedikit muhasabah diri agar mengembalikan kesedaran rohani kepada ilahi. Duduk sebentar untuk berfikir mengenai hakikat hidup ini, jangan biar masa dan usia muda kita pergi tanpa ada sesuatu yang berfaedah untuk hari muka. Binalah jiwa yang berkorban demi agama dan rasailah bahawa segala pengorbanan yang kita berikan untuk agama ini adalah pelaburan dan pengorbanan untuk diri kita sendiri dengan memulakan hijrah kita dari tidur kepada suka beramal serta dari terpedaya kepada ikhlas. akhirnya ucapan SALAM HIJRAH semoga selamat menempuh hijrah hari-hari yang mendatang dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
AKTIVITI HARI PERTAMA : KEM JIL AL QURAN RABBANI 2010
Dicatat oleh
Mohd Fauzie Ibadurrahman
Ahad, 21 November 2010