MOTIVASI


KATA-KATA MOTIVASI

Powered by muislife.com

Recent Posts

Soleh Wa Musleh

Soleh Wa Musleh

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Pahala Tabungan diakhirat.SEDEQAHKAN SEBAHAGIAN DARI HARTAMU dengan memanjangkan Jariah Luhur ke dalam Tabung DANA SRINPEK

Footer Widget 2

Kunjungan Tamu

TITIPAN KALBU

Salam Eidul Fitri buat sahabat-sahabat dan rakan setugas dengan ucapan KULLU 'AMIN WA ANTUM BIGHAIR MINAL A'IDIN WA FAIIZIN dan SELAMAT MENYAMBUT HARI YANG AMAT BERBAHAGIA Dalam bulan Syawal ini.ILMU MEMBENTUK KEPERIBADIAN LUHUR KEARAH SOLEH WA MUSLEH,TINTA ALIM ULAMA'' ILMU yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi mutunya ialah ilmu yang melahirkan kesan tingkah laku dan anggotanya"Kata Saidina Ali K.W "Barangsiapa yang menuntut ilmu, sesungguhnya syurga itu sentiasa menuntutnya. Barangsiapa yang menuntut maksiat,sesungguhnya nereka itu sentiasa menuntutnya."
"MUTIARA KATA" "Hidup memerlukan pengorbanan' Pengorbanan memerlukan perjuangan"Perjuangan memerlukan ketabahan" ketabahan memerlukan keyakinan" Keyakinan memerlukan kejayaan" kejayaan pula menentukan kelangsungan kecemerlangan.

Free Blog Content

TIPS PEPERIKSAAN

TIPS PEPERIKSAAN
Dikuasakan oleh Blogger.

KOMEN ANDA BLOG INI

SALAM MAAL HIJRAH

Dicatat oleh Mohd Fauzie Ibadurrahman Selasa, 7 Disember 2010




Selawat dan salam kita ucapkan buat junjungan Nabi tercinta,Muhammad SAW,keluarga baginda,para sahabat awal seterusnya umat baginda yang terus berjuang  menegakkan cara hidup Islam di dalam kehidupan ini.

Mengamati budaya hidup darwasa alaf ini , penulis terpanggil untuk mengajak pembaca budiman merenung kembali sejarah silam yang penuh hikmah, andainya diamati dengan wajar,Biarkan semua kisah silam itu tersemat padu dalam jiwa dan minda anak-anak remaja kini,  agar lahir generasi yang memiliki jati diri sebenar.

Nilai dan matlamat hidup merupakan sesuatu yang penting untuk dikaji dan dilihat secara mendalam. Nilai hidup menjadikan seseorang itu menghargai kehidupannya. Tanpa nilai dan matlamat hidup, manusia sebenarnya bukan manusia. Ia bukan boleh di ukur dengan memperolehi kedudukan dan pangkat yang tinggi sedangkan yang menjadi titik tolak permasalahan alaf baru ini ialah berlakunya krisis nilai dalam kehidupan. Ambil contoh pastikan kerjaya atau ilmu kita miliki itu mempunyai Nilai di sisi Allah SWT.contoh lain pula seperti jadikan wang sebagai keperluan bukan keutamaan. atau penuhi keperluan bukan kehendak semata-mata Dan terbaik buat kita elakkan cinta Dunia semata-mata.

Sepatutnya sebagai umat Rasulullah SAW kita semua bertanggungjawab dalam usaha untuk men'graduate'kan rohani dan jasmani kita dari madrasah Rasulullah, bukan hanya 'graduate' dari universiti ataupun institusi sahaja. mengingatkan hal ini ingin dibawakan petikan dari kata-kata saidina Ali r.a dengankatanya:

" ILMU yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi mutunya ialah ilmu yang melahirkan kesan kepada tingkah laku dan anggotanya.

Justeru , kesempatan yang kita lalui di bulan Muharram ini, mungkin mampu mengetuk hati kecil kita untuk melakukan sedikit muhasabah diri agar mengembalikan kesedaran rohani kepada ilahi. Duduk sebentar untuk berfikir mengenai hakikat hidup ini, jangan biar masa dan usia muda kita pergi tanpa ada sesuatu yang berfaedah untuk hari muka. Binalah jiwa yang berkorban demi agama dan rasailah bahawa segala pengorbanan yang kita berikan untuk agama ini adalah pelaburan dan pengorbanan untuk diri kita sendiri dengan memulakan hijrah kita dari  tidur kepada suka beramal serta dari terpedaya kepada ikhlas. akhirnya ucapan SALAM HIJRAH semoga selamat menempuh hijrah hari-hari yang mendatang dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.

Sekian, terima kasih.

Catat Ulasan