MOTIVASI


KATA-KATA MOTIVASI

Powered by muislife.com

Recent Posts

Soleh Wa Musleh

Soleh Wa Musleh

Subscribe For Email Feed

Email_SubscriptionsSign up to receive breaking news
Pahala Tabungan diakhirat.SEDEQAHKAN SEBAHAGIAN DARI HARTAMU dengan memanjangkan Jariah Luhur ke dalam Tabung DANA SRINPEK

Footer Widget 2

Kunjungan Tamu

TITIPAN KALBU

Salam Eidul Fitri buat sahabat-sahabat dan rakan setugas dengan ucapan KULLU 'AMIN WA ANTUM BIGHAIR MINAL A'IDIN WA FAIIZIN dan SELAMAT MENYAMBUT HARI YANG AMAT BERBAHAGIA Dalam bulan Syawal ini.ILMU MEMBENTUK KEPERIBADIAN LUHUR KEARAH SOLEH WA MUSLEH,TINTA ALIM ULAMA'' ILMU yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi mutunya ialah ilmu yang melahirkan kesan tingkah laku dan anggotanya"Kata Saidina Ali K.W "Barangsiapa yang menuntut ilmu, sesungguhnya syurga itu sentiasa menuntutnya. Barangsiapa yang menuntut maksiat,sesungguhnya nereka itu sentiasa menuntutnya."
"MUTIARA KATA" "Hidup memerlukan pengorbanan' Pengorbanan memerlukan perjuangan"Perjuangan memerlukan ketabahan" ketabahan memerlukan keyakinan" Keyakinan memerlukan kejayaan" kejayaan pula menentukan kelangsungan kecemerlangan.

Free Blog Content

TIPS PEPERIKSAAN

TIPS PEPERIKSAAN
Dikuasakan oleh Blogger.

KOMEN ANDA BLOG INI

SALAM MAAL HIJRAH

Dicatat oleh Mohd Fauzie Ibadurrahman Selasa, 7 Disember 2010




Selawat dan salam kita ucapkan buat junjungan Nabi tercinta,Muhammad SAW,keluarga baginda,para sahabat awal seterusnya umat baginda yang terus berjuang  menegakkan cara hidup Islam di dalam kehidupan ini.

Mengamati budaya hidup darwasa alaf ini , penulis terpanggil untuk mengajak pembaca budiman merenung kembali sejarah silam yang penuh hikmah, andainya diamati dengan wajar,Biarkan semua kisah silam itu tersemat padu dalam jiwa dan minda anak-anak remaja kini,  agar lahir generasi yang memiliki jati diri sebenar.

Nilai dan matlamat hidup merupakan sesuatu yang penting untuk dikaji dan dilihat secara mendalam. Nilai hidup menjadikan seseorang itu menghargai kehidupannya. Tanpa nilai dan matlamat hidup, manusia sebenarnya bukan manusia. Ia bukan boleh di ukur dengan memperolehi kedudukan dan pangkat yang tinggi sedangkan yang menjadi titik tolak permasalahan alaf baru ini ialah berlakunya krisis nilai dalam kehidupan. Ambil contoh pastikan kerjaya atau ilmu kita miliki itu mempunyai Nilai di sisi Allah SWT.contoh lain pula seperti jadikan wang sebagai keperluan bukan keutamaan. atau penuhi keperluan bukan kehendak semata-mata Dan terbaik buat kita elakkan cinta Dunia semata-mata.

Sepatutnya sebagai umat Rasulullah SAW kita semua bertanggungjawab dalam usaha untuk men'graduate'kan rohani dan jasmani kita dari madrasah Rasulullah, bukan hanya 'graduate' dari universiti ataupun institusi sahaja. mengingatkan hal ini ingin dibawakan petikan dari kata-kata saidina Ali r.a dengankatanya:

" ILMU yang paling rendah mutunya ialah ilmu yang berlegar dihujung lidah dan ilmu yang paling tinggi mutunya ialah ilmu yang melahirkan kesan kepada tingkah laku dan anggotanya.

Justeru , kesempatan yang kita lalui di bulan Muharram ini, mungkin mampu mengetuk hati kecil kita untuk melakukan sedikit muhasabah diri agar mengembalikan kesedaran rohani kepada ilahi. Duduk sebentar untuk berfikir mengenai hakikat hidup ini, jangan biar masa dan usia muda kita pergi tanpa ada sesuatu yang berfaedah untuk hari muka. Binalah jiwa yang berkorban demi agama dan rasailah bahawa segala pengorbanan yang kita berikan untuk agama ini adalah pelaburan dan pengorbanan untuk diri kita sendiri dengan memulakan hijrah kita dari  tidur kepada suka beramal serta dari terpedaya kepada ikhlas. akhirnya ucapan SALAM HIJRAH semoga selamat menempuh hijrah hari-hari yang mendatang dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki.

Sekian, terima kasih.

RENUNGAN

Dicatat oleh Mohd Fauzie Ibadurrahman Ahad, 5 Disember 2010

AJAIBNYA SEDEKAH, SEMAKIN BERSEDEKAH SEMAKIN BERUNTUNG

AKTIVITI HARI PERTAMA : KEM JIL AL QURAN RABBANI 2010

Dicatat oleh Mohd Fauzie Ibadurrahman Ahad, 21 November 2010






 



JADUAL KEM JIL AL-QURAN RABBANI

Dicatat oleh Mohd Fauzie Ibadurrahman Ahad, 14 November 2010

AGENDA KEM JIL AL-QURAN RABBANI
MASA                     
TARIKH
HARI AHAD
27 NOV 11
HARI ISNIN
28 NOV 11
HARI SELASA
29 NOV 11
HARI RABU
30 NOV 11
HARI KHAMIS
1 NOV 11
HARI JUMAAT
25 NOV 10
4.30 – 5.30 am

Bangun pagi dan Qiamulalil
5.45 -  6.15 am
Urus diri Dan Solat Subuh berjemaah
6.15 – 7.00 am
Bacaan Ma’thurat
7.15 – 7.50 am
Perhimpunan pagi, Roll Call dan Riadah di Dataran
8.00 -  8.30 am
Sarapan pagi dan persediaan aktiviti kem seterusnya


9.00  -10.10am

Motivasi
Al-Quran Dekat Dihati

Liqa’
Qurani 3
Tilawah
2
Ceramah
Anak Soleh Insan Rabbani
 
10.15 – 11.00 am                                                      Minum Pagi Dan Solat Dhuha

11.00  -12.10

Liqa’
Qurani 2


Liqa’
Qurani 4
Liqa’
Qurani 5
Slot Uji Bakat
Nasyid/syarahan/ Hafazan dan
Kalam jama'i

12.15 –  2.30 pm                                                      Makan Tengahari, Solat Zuhur Berjemaah dan Rehat Minda
2.30- 4.00 pm
Sesi Pendaftaran
Taklimat Waris
Amali Rukun Wudu’

Amali Bacaan Dalam Solat
Intelek Dan
Sahsiah 1

Intelek Dan Sahsiah 2

4.15 – 5.00 pm                                                      Minum Petang ,Solat Asar Berjemaah Dan Bacaan Ma’thurat

5.00  -6.00 pm
Ice Breaking
Bina Halaqah
Komanden/ Fasi
Aktiviti padang ( Out-door )
Dikendalikan oleh jurulatih

6.00 – 9.00 pm                         Makan malam ,Solat Maghrib & Isyak Berjemaah Dan Zikir Munajat

9.00 – 9.30
malam

Mutholaah bersama Fassilitator


 
9.45  -10.40pm
Liqa’
Qurani 1
Tilawah
 1
Slot bersama
Imam  Muda
Tilawah
 3
Istimewa bersama vokalis kum.
Zahran


10.45  -11.00
                    Rehat Minda , Minum malam dan Khidmat diri (Tidur )


* Tentatif program tertakluk kepada perubahan

PENDAKWAH ALAF BARU

Dicatat oleh Mohd Fauzie Ibadurrahman Isnin, 11 Oktober 2010



WAJAR MANFAATKAN ERA ICT

Dakwah Bil Hal yang berterusan hendaklah dilakukan oleh kita sebagai Da'ie dalam usaha untuk mewujudkan wehdatul ummat warobbun ghafur. Dalam konteks di luar sana mengundang banyak persoalan kenapa generasi ummat hari ini kurang menghayati cara hidup Islam yang sebenarnya. Hal ini banyak terjadi oleh kerana kita berada dalam kelompok ummat yang lalai. Justeru itu dengan perkembangan era teknologi maklumat atau ICT seperti kemudahan jalur lebar dan seumpamanya sangat dituntut memanfaatkan secara optima.

Manfaat diri seperti kepuasan rohani kerana kejayaan melakukan tugas, manfaat keluarga seperti kejayaan anak-anak kerana kita memberikan rezeki yang halal, manfaat masyarakat seperti berlakunya anjakan sikap kerana kita berjaya mengubah sesuatu keadaan daripada kurang baik kepada yang lebih baik. Manfaat yang berpanjangan ini akan memberikan kita rahmat dalam hidup dan selepas hidup.

Memaknakan kualiti dalam hidup dan kerja harian kita bukanlah sesuatu yang mudah, tidak semudah yang diperkatakan. Namun apakah kita harus mengalah dengan tanggapan yang sebegitu,? Renungilah persoalan ini:

Apakah kita sudah cukup puas dengan apa yang kita berikan dalam kerja buat harian kita?
Apakah kita sudah melaksanakan amanah yang terpikul dibahu kita sebagai khalifah di muka bumi ini?